Wednesday, 29 May 2019

RAYA VIBES

Publika Senandung Raya 2019

Publika Shopping Gallery, 20 May - bazaar Senandung Raya yang menempatkan vendor kecil mempromosikan barangan mereka. Antara barangan yang menjadi tarikan adalah seperti baju, aksesori wanita, tudung dan kemeja batik. 

Publika Senandung Raya 2019 diadakan bermula 10 May hingga 2 Jun untuk tahun ini.

Terdapat replika rumah kampung sebagai simbol acara Publika Senandung Raya 2019.

Pengunjung yang hadir dalam pelbagai umur.

Psychedelic Store antara booth yang dikunjungi ramai mempromosikan pelbagai barangan untuk wanita.

    Seorang pengunjung tertarik dengan koleksi Kapten Batik.


    Pelbagai jenis barangan yang dipromosikan oleh vendor.

Konsep tradisional menjadi pilihan acara Publika Senandung Raya untuk 2019.

Tuesday, 14 May 2019

SENI WARISAN MALAYSIA

DIKIR BARAT

SHAH ALAM, 22hb APRIL - Merupakan satu persembahan dari negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Tukang Karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.

Festival Sanggar Budaya oleh Management Science University (MSU) menarik perhatian dimana ada pelajar yang membuat persembahan dikir barat.


Kumpulan dari Fakulti Hospitaliti mempersembahkan dikir barat berkonsepkan seloka pelajar.


'Awak-awak' menyanyikan dikir dengan penuh semangat.

Amirul sebagai Tok Juara mengetuai dikir ini.

Ikmal sebagai Tukang Karut membalas pantun dari Tok Juara.




EARLY RAMADAN

PASAR SELOKA RAMADAN X DOPS TV

KUALA LUMPUR, 11hb MEI - Pasar Seloka melangsungkan acara ini bersama DOPS TV yang diuruskan oleh selebriti tempatan, Mizz Nina menarik ramai pengunjung dengan pelbagai pilihan jualan sempena bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba. 



Pasar Seloka Ramadan yang berlangsung di Mahsa Avenue, Kuala Lumpur.



Orang ramai beratur untuk mendapatkan kasut dan barangan dari FRKL.


Pasar Seloka Ramadan berkonsepkan vintage dan tradisional menarik ramai pengunjung untuk datang membeli belah. 


Ayanka Breezes menjual barangan kraftangan dari Turki.



Pengunjung yang tertarik dengan pilihan kosmetik dari Velvet Vanity.


The Grounds adalah lokasi pilihan untuk Pasar Seloka Ramadan kali ini. 



Tuesday, 23 April 2019

TEATER INSPIRASI UNTUK MENDIDIK

TEATER MIMPI LAILA 
ARAHAN SHARIFUL AKMA.

KUALA LUMPUR, 20hb APRIL - Sebuah teater bertajuk Mimpi Laila yang diarahkan oleh Shariful Akma, khusus untuk kanak-kanak yang mengandungi pelbagai pengajaran. Teater yang dilakonkan oleh pelajar ASWARA menarik perhatian para pendidik serta ibubapa.


Teater Mimpi Laila mensasarkan kepada masyarakat umum iaitu khusus untuk kanak-kanak dan para guru sebagai inspirasi untuk mendidik.


 Teater yang penuh dengan pengajaran dan cara penyampaian yang menarik sangat sesuai untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun. 



Syafiqah Hamzi sebagai Laila melakonkan watak utama dalam teater ini bersama Najiehah sebagai Bibik. 


Perjalanan Mimpi Laila penuh dengan cabaran sehingga menyedarkan Laila betapa pentingnya kita menghargai setiap pemberian Tuhan. Teater ini memberi impak kepada kanak-kanak dengan penuh pengajaran. 


Encik Shariful Akma Abdullah atau lebih dikenali sebagai K'ma adalah pengarah disebalik pementasan Mimpi Laila yang dipersembahkan oleh pelajar teater Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).




Barisan pelakon pementasan teater Mimpi Laila serta pensyarah yang membimbing.